Monday, October 13, 2008

Pantang larang? Kepercayaan karut atau betul punya?

Ni sekadar pandangan dan pemerhatian. Pasal pantang larang selepas bersalin dan masa mengandung.. Kadang rasa pelik dengan pantang larang yang orang2 tua selalu suruh kita ikut. Ada tak korang terfikir kesahihan pantang larang ni. Sebenarnya ada yang boleh diikut dan selebihnya tu mengarut dan merapu je. Contohnya:

1. Orang mengandung tak leh mandi sungai / masuk hutan atau semak.

Ni saya kena masa balik rumah mak mertua, saya teringin sangat nak mandi sungai, masa tu mengandung tujuh bulan. Saya minta dengan suami untuk mandi sungai, ok, dia bawakan. Rupa-rupanya, susah gak mandi sungai dengan perut besar ni, ye la tak leh nak kuak lentang, kuak kupu-kupu segala. Bila balik dari mandi sungai, saya kena tegur dengan mak mertua, jgn mandi sungai dah nanti, nasib baik selamat. Saya nganga sekejap tak faham.

Keesokan harinya, disebabkan kebosanan kat rumah, saya ikut suami ke kebun getah tengok mak dan ayah mertua menoreh sambil cari pucuk apa tah untuk makan nasi kerabu. Sekali lagi saya di tegur sebab masuk hutan. Mak mertua saya kata orang mengandung sulung tak leh buat benda-benda ni sebab binatang2 buas kenal perempuan mengandung sulung, nanti kena serang. Macam ngarut kan?

Bila difikirkan semula secara teliti, semua tu ngarut jer, yang betul nya, orang mengandung sulung masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan badan yang berat dan bentuk yang tak pernah dialami. Jadi dikhuatiri, ibu mengandung sulung ni terjatuh atau tidak dapat mengimbangi badan semasa di sungai dan di hutan. Sebenarnya, orang lama ni nak jaga kandungan anak-anaknya, cuma tak cakap betul jer :-)

2. Pantang larang selepas bersalin

Selalu selepas bersalin ada je pantang larang, contohnya, tak leh makan nasi banyak nanti gemuk, tak leh minum air banyak nanti ‘tut’ berair, tak leh makan buah nanti sejuk, tak leh makan sayur itu ini nanti angin dan banyak lagi.

Pada pendapat saya, apabila seseorang wanita bersalin, kenala banyak makan untuk ganti balik tenaga yang dah hilang dalam proses melahirkan tu, ditambah lagi dengan khasiat untuk diri sendiri dan untuk anak yang menyusu. Sekarang ni kesedaran untuk menyusu anak semakin berkembang tetapi kenapa mindset tentang berpantang ni masih belum berganjak walau sedikit.

Ibu yang bersalin memerlukan banyak khasiat dan nutrien dari makanan. Dan juga banyak air untuk menyusukan anak. Kenapa perlu catu-catu makanannya, kesian ibu-ibu yang bersalin. Dah la letih, makanan dan minuman pun kena catu. Kalau asyik makan nasi sepinggan dengan ikan kering dan air setengah gelas, dari mana nak datangnya khasiat untuk proses penyembuhan dan nutrien untuk susu anak? Bagi pendapat saya, kena minum air banyak, agak2 untuk kita dan susu anak. Tambah lagi, makan kena seimbang, tak leh pantang semuanya, susu tak leh nak develop la kalo tak cukup bahan. Kesian anak..

Kalau iye pun nak berpantang sesetengah sayur atau buah, tukarla ngan buah lain. Allah tu Maha Kaya dan Maha Pemurah, takkan la tak dak dalam banyak2 rezeki Allah kat muka bumi ni, buah yang boleh di makan masa bersalin. Hmm..

Banyak lagi la pantang larang yang pelik2, ikut yang relevan, dan petimbangkan la yang ngarut2 tu. Ramai yang kata, ‘jangan tak pantang, nanti tak sempat tua dah sakit’. Tua tu umur berapa, orang sekarang umur 40, 50 tahun dah sengal2 sendi, tak kira la dia pantang ke tak.. Cuba kita tengok, lelaki yang tak bersalin dan tak pantang pun sakit gak. Ok la, laki dan pempuan lain2. Tapi, kalau setakat pantang 40 hari tu boleh ke nak sihat sepanjang hayat? If nak pantang, pantang seumur hidup baru ada kesan. Banyak contoh orang2 tua yang hanya makan ulam2, hidup sihat sampai umur 100 lebih, tak de plak dia pantang 40 hari, pastu hari lain melantak cukup2. hari-hari dia makan ulam, hari -hari bersenam, baru betul cara pantang nya.

Kan, apa pendapat anda?


dipetik dari http://mysimplestory.wordpress.com

No comments: